Kelas Mahir Pertanian Pintar (Minggu 2 – Minggu 6)
27 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniKelas Mahir Pertanian Pintar bagi minggu 2 sehingga minggu 6 telah diadakan secara atas talian dengan menggunakan fasiliti di NADI Rantau Panjang bermula 26 Januari 2025 (Ahad) sehingga 26 Februari 2025 (Rabu). Kelas ini telah bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga 12:00 tengahari untuk sesi hari Ahad dan untuk sesi hari Rabu kelas bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Seramai tiga (3) orang komuniti telah menghadiri kelas ini.
Topik yang telah diajar pada minggu 2 adalah mengenai pengenalan fertigasi dan sistem automatic, topik minggu 3 pula mempelajari asas kesuburan tanah, minggu 4 adalah mengenai cara semaian benih dan satu kuiz telah diadakan pada minggu 4 bagi menguji pemahaman para peserta manakala pada minggu 5 pula para peserta telah diajar mengenai pengurusan kawalan kulat dan serangga perosak dan pembelajaran pada minggu 6 pula berkaitan dengan pemasangan smart watering device.
Diharapkan dengan adanya kelas Mahir Pertanian Pintar ini dapat membantu komuniti untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pertanian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: